“Fik, ko ni makin hari makin kuat isap rokok, dulu kata nak cuba-cuba je..” teringat aku kata-kata sahabat ku semasa sedang enak menyedut rokok Dunhill buatan British American Tobacco kat belakang rumah aku.
Aku pun pelik jugak la kenapa susah sangat nak benti merokok ni, ntah macam mana saat tu aku rasa nak sangat-sangat benti merokok, kenapa ye…. Moga-moga tak hangat-hangat taik ayam lagi lepas ni, korang yang baca blog ni pun doakan aku berjaya mencapai impian ni (ceh…sempat bermadah lagi pulak tu).
Aku sedar jugak selama ni banyak duit aku abis kat rokok ni tapi aku tak tau la nape aku tak rase rugi pulak bakar duit aku tu. Tapi bila nak keluar duit beli benda-benda yang berfaedah bukan main payah lagi.
So, bermula la perjalanan aku tuk benti merokok ni, cari punya cari terjumpa aku satu laman tuk berhenti merokok dalam 11 langkah. Cukup ke…?
“11 langkah je? Boleh ke…aku dah lama cuba nak berhenti merokok ni, tapi sampai sekarang tak boleh…”
Nak tau boleh berjaya ke tak, kena la try dulu kan…
Satu lagi produk digital (e-Book) oleh Mohd Fahmi usahawan internet Malaysia. Dapatkan e-book ni segera sebelum 13 Julai, lepas tu tak tau la dia ader keluarkan lagi ke tak. 50 tips trafik untuk ke laman anda, sesuai untuk newbie macam aku ni. Hehe… lagi pun sapa tak suka benda PERCUMA kan??? Dapatkan di sini…
p/s : credit tuk Prince Q
Aku tak tau la apa yang aku dah capai dalam hidup aku ni. Semua yang aku buat hangat-hangat taik lembu je, mula-mula bukan main lagi semangat membara membakar jiwa yang duka dan lara. Tapi lepas tu bila tak de modal nak buat macam mana, terbengkalai macam tu je. Macam taik lembu yang aku kata tadi la. Semua yang aku buat tak penah nak abes, de je benda yang menghalang.
Kan best kalau aku ni macam MohdIsmail, penuh dengan entri-entri yang mengusik jiwa. Tapi aku tetap aku, tak kan aku nak jadi orang lain pulakkan, tak best la macam tu. Huh… nampak gayanya aku kena memperbanyakkan blog bacaan aku ni. Wait there…. i’m coming.

Hari ini aku terpandang laporan web technorati terpampang di hadapan akhbar no.1 negara, Utusan M’sia. Di situ dinyatakan sehingga April lepas, sebanyak 120,000 blog muncul setiap hari dengan purata 1.4 blog setiap saat. Kalau sehari dah banyak macam tu, berapa banyak agaknya blog yang dibangunkan pada setiap tahun? Errr… korang kira la sendiri ye…
Cuba korang bayangkan betapa pesatnya blog-blog ini berkembang, rasa-rasanya boleh digunapakai lagi tak perumpamaan ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan‘ ? Tau tak blog berbahasa apa yang mencatat rating paling tinggi? Inggeris? Sebenarnya Bahasa Jepun yang mencatat jumlah tertinggi, nape? Tak percaya ke? Tu la hakikatnya, walaupun seluruh dunia kebiasaanya berkomunikasi dengan bahasa antarabangsa(bahasa inggeris) itu, tetapi hakikatnya orang jepun lebih maju daripada mana-mana bangsa.
Nampaknya sejarah hitam tidak menghalang mereka dari bangun semula. Orang melayu? Mana perginya orang-orang melayu? Korang jawab la sendiri…

