trans2.jpg

Semalam akhirnya aku berjaya jugak mendapatkan tiket wayang untuk menonton filem Transformers, walaupun hampa pada mulanya kerana sesampainya aku GSC tiket sudah habis dijual.

Tapi dengan hati kering aku dan sahabatku naik ke tingkat 10 untuk mencuba nasib di IMAX Theater, akhirnya dapat jugak aku tengok citer ni. 6 jam aku tunggu sebab aku punya tiket midnight. Sampai waktunya aku masuk ke dalam panggung yang 5 kali lebih besar dari panggung biasa(dorang cakap la, aku tengok lebih kurang sama je).

Selesai je, aku keluar dengan hati yang bengkek. Ape tak nya, kerusi dah la tegak je, sakit pinggang aku. Lepas tu air-cond pulak macam tak bukak je arghhhh…. apa pun, tabik spring kepada Micheal Bay kerana berjaya menghasilkan filem yang bermutu. Autobots pun pandai buat lawak kan!!!

Keluar dari Times Square dalam pukul 2.30am, aku dengan member aku terkandas kat dataran sebab ada roadblok. Aku lepas tapi member aku tak lepas sebab takde roadtax, jadi tersadai la aku kat KL sampai pukul 4 pagi. Baru je hepi-hepi lepas tengok wayang, motor pulak kena angkut polis. Kesian je member aku tu…

p/s: besok nye aku dengan dia terus pegi balai polis jalan bandar ambik motor tu

p/s/s: awek member aku balik Melaka tak bagitau aku, siot je


Leave a Comment