Agak-agak korang betul ke benda ni, pernah ke korang jumpa hantu? Setakat ni aku belum pernah lagi jumpa benda-benda macam ni walaupun zaman aku persekolahan aku penuh dengan cerita-cerita macam ni.

Al-maklum la, duduk ‘hostel’ kan. Apatah lagi kalau tapak sekolah aku dulu tapak askar Jepun mendarat. Dari cerita yang aku dengar dari senior aku, pernah dulu askar Jepun berkawad di tapak perhimpunan sekolah aku tengah-tengah pagi buta. Yang ngerinya ‘benda’ tu berkawad tanpa kepala. Kuang…kuang…kuang.

Ada satu masa tu, bebudak puteri boleh dikatakan tiap-tiap malam sorang mesti jadi mangsa histeria. Ustaz aku kata, pagar yang dia buat keliling sekolah tu dah bocor angkara budak-budak yang fly* malam-malam. Aku telan air liur je bila dia cakap macam tu.

Apa tak nya, sebab aku tergolong dalam golongan yang buat kerja-kerja macam tu. Maaf ustaz, dah tobat dah. Apa pengalaman korang??? Kongsi la kat sini.

p/s: fly tu maknanya keluar malam tanpa kebenaran untuk minum teh tarik dan roti canai di Lan Coner.


  1. Bocor? itulah, lain kali buat pagar besi ke batu ke ni tidak….. susahlah sikit nak bocor…. ;-)

  2. HafiqHan

    Hehe pagar ni lagi power dari batu dan besi beb, ustaz aku pakai ayat-ayat al-quran je nak pagar sekolah aku tu dulu.

    Tapi sekolah agama bukan tak ada budak-budak jahat kan???




Leave a Comment