Blog…

technorati1.jpg

Hari ini aku terpandang laporan web technorati terpampang di hadapan akhbar no.1 negara, Utusan M’sia. Di situ dinyatakan sehingga April lepas, sebanyak 120,000 blog muncul setiap hari dengan purata 1.4 blog setiap saat. Kalau sehari dah banyak macam tu, berapa banyak agaknya blog yang dibangunkan pada setiap tahun? Errr… korang kira la sendiri ye…

Cuba korang bayangkan betapa pesatnya blog-blog ini berkembang, rasa-rasanya boleh digunapakai lagi tak perumpamaan ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan‘ ? Tau tak blog berbahasa apa yang mencatat rating paling tinggi? Inggeris? Sebenarnya Bahasa Jepun yang mencatat jumlah tertinggi, nape? Tak percaya ke? Tu la hakikatnya, walaupun seluruh dunia kebiasaanya berkomunikasi dengan bahasa antarabangsa(bahasa inggeris) itu, tetapi hakikatnya orang jepun lebih maju daripada mana-mana bangsa.

Nampaknya sejarah hitam tidak menghalang mereka dari bangun semula. Orang melayu? Mana perginya orang-orang melayu? Korang jawab la sendiri…


Leave a Comment